Sejarah Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun menyebarkan Islam telah diketahui umum samada di kalangan masyarakat Islam atau yang bukan Islam. Kemenangan demi kemenangan telah dikecapi walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada kaum Quraish jahiliah, kaum Yahudi, kerajaan Rom, Parsi dan lain-lain kuasa pemerintahaqn di masa itu, Namun, pernahkan kita bertanyakan berapakah sebenarnya harga yang perlu dibayar sebelum memperolehi kemenangan tersebut.
بسم الله الرحمن الرحيم
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)
Generasi Al-Quran Yang Gemilang
Jika kita menyingkap semula sejarah serta kisah-kisah kegemilangan masyarakat Islam pada zaman dahulu kala seperti di zaman Rasulullah saw serta para sahabat, Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyubi dan sebagainya, kita akan dapati bahawa antara rahsia kejayaan mereka adalah iman yang kuat serta penguasaan ilmu pengetahuan.
Pendidikkan Anak-Anak Masa Kini Mencorak Peradaban Masyarakat di Masa Hadapan
Syabas kepada para ibu bapa serta guru-guru yang sangat komited terdap pendidikkan kanak-kanak diperingkat awal usia. Kanak-anak yang akan mendudukki peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM telah dipersiapkan dengan kelas-kelas tiusyen tambahan. Sementara diperingkat sekolah, para guru-guru telah menyusun atur jadual yang ketat serta menyediakan target pencapaian disekolah masing-masing.
Soalan Munkar dan Nankir, Sudahkah Kita Bersedia?
Di akhir zaman ini, manusia semakin disibukkan dengan berbagai aktiviti yang banyak memakan masa tanpa disedari. Seolah-olah masa 24 jam yang Allah peruntukkan tidak mencukupi sedangkan banyak lagi kewajipan-kewajipan yang tidak dapat dilaksanakan.
Al Baghdadi Memenangi Anugerah MBR 2016
Tahniah kepada Ustaz Qr. Jalaluddin Hassanuddin Al-Baghdadi selaku pengasas Teknik Al-Baghdadi serta seluruh barisan pengurusan, kakitangan serta warga kerja Al-Baghdadi Group Sdn Bhd diatas penganugerahan The Malaysia Book Of Records (MBR) 2016.
Adab dan Etika Membaca Al-Quran
Imam an-Nawawi rahimahullahu’anhu menjelaskan tentang etika
yang dituntut ketika membaca al-Quran dan hukum-hukumnya di dalam kitabnya yang
berjudul at-Tibyan.
Al-Quran Memberi Syafaat Kepada Pembacanya
Terdapat banyak hadis-hadis yang menjelaskan tentang manfaat serta kelebihan yang boleh diraih oleh sesiapa yang melazimkan pembacaan Al-Quran.
Panduan Beribadah Bulan Ramadhan
Sebagai panduan untuk diri penulis dan para pembaca budiman, kali
ini kami ingin berkongsikan sedikit panduan berpuasa bulan Ramadhan sebagaimana yang
telah disebutkan oleh Iman Al-Ghazali.
Selamat Datang Wahai Ramadhan
Sebagaimana yang telah berlaku saban tahun, bulan Ramadhan yang ditunggu oleh kebanyakkan masyarakat Islam yang beriman kini telah muncul kembali.
Tanggungjawab Ibubapa Terhadap Pendidikan Anak-Anak
Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah dengan berbagai pilihan tentang bagaimana untuk mencorak kehidupan mereka.
Talaqqi Al-Quran 30 Juzuk Bersanad Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan yang paling istimewa bagi sekalian umat Islam dimana Al-Quran mula diturunkan.
Petua Mendidik Anak-Anak Cara Islam
Anak-anak adalah merupakan
penyejuk mata dan penawar hati bagi mana-mana pasangan rumahtangga. Kehadiran
mereka sangat diperlukan dan ketiadaan mereka sentiasa dirindui oleh ibubapa.
Hikmah Mempelajari Al-Quran
Abu
Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Belajarlah olehmu sekalian akan Al-Quran, bacalah ia dan tekunilah. Maka sesungguhnya permisalan Al-Quran dan orang yang mempelajarinya,
kemudian melaksanakannya adalah seperti bekas yang penuh dengan minyak
misik, yang menyebar aromanya di setiap tempat. Dan permisalan orang mempelajari Al-Quran, kemudian menekuni, sedangkan dia berada di rongganya, adalah seperti permisalan bekas yang terbalut oleh misik".
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0217.)
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0217.)
Video Perbetulkan Bacaan Surah Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan
pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)
Video Bacaan Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (4)
Video Bacaan Surah Al- Falaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. (5)
Video Bacaan Surah An-Nas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1)
Pendekatan Terkini Pembelajaran Al-Quran
Teknik Al Baghdadi telah membantu ramai guru-guru dan plajar-pelajar untuk mengajar dan mempelajari bacaan Al-Quran dengan mudah, seronok dan cepat.
Teknik Al-Baghdadi Sesuai Untuk Siapa?
Teknik Al-Baghdadi telah diolah dan diuji keberkesanannya. Sehingga kini lebih dari 300,000 orang masyarakat dan pelajar di seluruh Malaysia telah berjaya dibantu sehingga celik membaca Al-Quran. Alhamdulillah.
Pengiktirafan oleh The Malaysia Book Of Records
Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. secara rasminya telah diiktiraf oleh The
Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre (Pusat
Pembelajaran Al Quran Terbesar) pada 9hb Febuari 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)