بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Tahap 1: Tamhid Al-Baghdadi

Pengajian Tamhid Al-Baghdadi adalah pakej pengajian asas yang dilengkapi dengan Buku Tamhid Al-Baghdadi beserta Set Alat Ketuk Al-Baghdadi. Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran ini yang mengandungi 11 bab pembelajaran, menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran.
 
Tamhid Al-Baghdadi
Penguasaan 6 asas-asas tersebut adalah:
  • Keupayaan mengenal dan membaca 28 huruf Hijaiyyah dengan baik.
  • Keupayaan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah.
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin.
  • Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad.
  • Keupayaan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu.
Pendekatan SAS (Struktur, Analisis, Sintesis) yang digunakan dalam penyusunan buku Tamhid Al-Baghdadi mampu melahirkan pelajar yang mahir di dalam mengenal pasti bunyi-bunyi yang terdapat di dalam bacaan Al-Quran.

Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Teknik ketukan didapati mampu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.

Proses pembelajaran juga didapati lebih menceriakan dengan Teknik Ketukan,disamping mempermudahkan tugas guru membimbing para pelajar.

Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)

Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
Whatsapp: +6011-5299 3775