Segala pujian-pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Rasul terakhir, ke
atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta para tabi'in dan
orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari kemudian.
Terlebih dahulu kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal ini. Seterusnya, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpahan rahmat serta kurnianya dapat kita meneruskan kehidupan di bawah cahaya Iman dan Islam.
Terlebih dahulu kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal ini. Seterusnya, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpahan rahmat serta kurnianya dapat kita meneruskan kehidupan di bawah cahaya Iman dan Islam.
Dengan cahaya Iman dan Islam itu juga diharapkan agar Allah s.w.t sentiasa memelihara kehidupan sepanjang usia kita dalam keadaan yang diredhai oleh-Nya serta sentiasa berada diatas landasan yang benar yang disebutkan sebagai 'Siratal Mustaqim' iaitu jalan yang lurus.
Firman Allah s.w.t:-
Firman Allah s.w.t:-
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)" (Surah Al-Fatihah: Ayat 1-7)Justeru itu, kita sebagai hamba-Nya semestinya sentiasa menunjukkan rasa perhambaan serta kesyukuran kita dengan istiqamah memelihara amalan serta tingkah laku kita selaras dengan ajaran yang telah disampaikan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa kehidupan kita di dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai transit ke alam yang seterusnya kerana alam yang kita duduki ini adalah bersifat sementara dan akan musnah akhirnya.
Oleh yang demikian, kita mesti menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan menuju ke akhirat dan disinilah tempatnya untuk kita mengumpulkan seberapa banyak bekalan pahala untuk digunakan semasa di alam yang seterusnya.
Teruskan usaha untuk melakukan amalan yang diredhai Allah s.w.t mengikut petunjuk dan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. mudah-mudahan kita semua akan selamat di dunia dan akhirat. Aaminn ya Rabbal A'lamin.
Teruskan melayari portal ini dan dapatkan berbagai maklumat yang bermanfaat buat anda, kaum keluarga serta sahabat handai berkenaan Al-Baghdadi Learning Centre.
Wassalam.
Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
Whatsapp: +6012-7221519