Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu
teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi.
Ianya adalah salah satu teknik yang dapat membantu umat Islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang Mudah, Inovatif dan Sistematik dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.
Ianya adalah salah satu teknik yang dapat membantu umat Islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang Mudah, Inovatif dan Sistematik dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.
Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi |
Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa
testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh pihak
Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.
Kini, Al-Baghdadi melalui perunding yang terlatih mengajak
anda bersama kami sekiranya menghadapi masalah seperti berikut:-
- Tidak tahu mengaji Al-Quran tetapi malu untuk belajar di sebabkan faktor usia : Ini adalah antara sebab mengapa ramai daripada kita bertangguh untuk belajar. Kini anda tidak perlu malu dan segan lagi kerana Teknik Al-Baghdadi mempunyai kaedah yang cukup mudah serta menyeronokkan dan pembelajaran dilakukan secara kumpulan. Banyak latih tubi dilakukan semasa dalam kelas yang dibuat secara kumpulan dan bukan individu jadi tiada siapa yang tahu tahap anda kecuali diri anda sendiri. Ada yang berumur lebih dari 60 tahun yang datang ke pusat kami untuk belajar. Apa yang penting ialah keinginan untuk memperbaiki diri kita dan meneruskan usaha yang telah terdetik dalam hati kita untuk belajar Al-Quran.
- Sudah tahu mengaji tetapi belum berkemampuan untuk membaca dengan tartil dan lancar : Satu lagi masalah yang sering kali kita hadapi dalam pembacaan Al-Quran ialah ketidak lancaran membaca dengan baik serta tartil. Masih teragak-agak dan ragu-ragu akan sebutan huruf-huruf hijhiyah serta bunyi-bunyi yang keluar darinya. Melalui teknik Al-Baghdadi ini kita akan didedahkan serta kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran. Ke enam perkara asas tersebut terkandung dalam kitab Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi hanya 27 halaman. Teknik ini juga menggunakan Alat Ketuk sebagai alat bantuan mengajar yang akan membantu para pelajar membaca dengan lancar serta tartil, In Shaa Allah.
- Tidak Mahu dan segan, malah tidak suka ditanya oleh guru ketika mengaji : Dalam kelas Teknik Al-Baghdadi, anda tidak perlu risau kerana guru tidak akan bertanya anda tentang apa yang diajar kerana latih tubi yang banyak selama 2 jam setiap sesi pembelajaran sudah memadai untuk anda mengetahui serta mahir dalam pelajaran yang diajar masa itu serta anda sudah boleh mempraktikannya terus. Kami memberi jaminan tidak akan bertanya kepada anda secara individu. Teknik Al-Baghdadi mempunyai keistimewaan di mana anda bukan sahaja belajar tetapi dengan menguasai teknik ini, anda akan terus dapat mengajar kepada orang lain seperti ahli keluarga anda atau pun rakan-rakan anda sebaik sahaja anda pulang dari belajar dalam pelajaran pertama lagi! Anda akan lebih cepat dapat sekiranya anda melakukan sedemikian dan anda juga secara tidak langsung mendapat manfaat dari apa yang anda pelajari.
- Terpaksa mencari guru Al-Quran kerana anda tidak mahir kaedah mengajar : Teknik Membaca & Mengajar Al-Baghdadi adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik Mudah, Cepat dan Menyeronokkan.
Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
Whatsapp: +6012-7221519
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
Whatsapp: +6012-7221519