بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Kelab ALC

AL-Baghdadi Learning Centre (ALC) kini menyediakan kemudahan pembelajaran Al-Quran mengikut peringkat umur dan tahap  penguasaan pelajar-pelajar. Program-program yang disediakan telah disusun atur dengan sistematik bagi memudahkan proses pendidikan dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada program pengajian yang telah diformulasikan mengikut silibus Teknik Al-Baghdadi, kami menawarkan program berikut:

A. Kelab Asas Dewasa & Remaja Al-Baghdadi

Ciri-ciri kelab Asas Dewasa dan Remaja Al-Baghdadi ini adalah seperti berikut:-
  • Kelab Asas Tamhid ini adalah merupakan kelas belajar membaca Al-Quran untuk orang Dewasa dan Remaja.
  • Tempoh belajar selama 3 bulan atau 12 kali/ sesi dengan hanya SATU kali seminggu selama 2 jam setiap sesi.
  • Teknik Al-Baghdadi ini dijalankan secara berkumpulan. Maksimum 20 pelajar satu sesi .
  • Yuran pendaftaran sebanyak RM75.00 termasuk Buku dan Alat Ketuk
  • Yuran Pengajian: RM300 untuk seluruh pakej selama 3 bulan
B. Kelab Asas Suri Al-Baghdadi

Ciri-ciri Kelab Asas Suri Al-Baghdadi ini adalah seperti berikut:-
  • Kelab Asas Tamhid ini adalah merupakan kelas belajar membaca Al-Quran untuk orang Suri Rumah.
  • Tempoh belajar selama 3 bulan atau 12 kali/ sesi dengan hanya SATU kali seminggu selama 2 jam setiap sesi.
  • Teknik Al-Baghdadi ini dijalankan secara berkumpulan. Maksimum 20 pelajar satu sesi .
  • Yuran pendaftaran sebanyak RM75.00 termasuk Buku dan Alat Ketuk.
  • Yuran Pengajian: RM300 untuk seluruh pakej selama 3 bulan
C.  Kelab Asas Kanak-Kanak Al-Baghdadi

Ciri-ciri Kelab Asas Kanak-kanak Al-Baghdadi ini adalah seperti berikut:-
  • Kelas Asas Tamhid ini adalah merupakan kelas belajar membaca Al-Quran khusus untuk murid-murid Sekolah Rendah berumur 7 tahun hingga 12 tahun.
  • Tempoh belajar selama 8 kali/ sesi dengan hanya SATU kali seminggu selama 1.5 jam setiap sesi.
  • Teknik Al-Baghdadi ini dijalankan secara berkumpulan. Maksimum 20 pelajar satu sesi .
  • Yuran pendaftaran sebanyak RM75.00 termasuk Buku dan Alat Ketuk Al-Baghdadi.
  • Yuran Pengajian: RM300 untuk seluruh pakej.
D. Kelab Tajwid Al-Baghdadi

Ciri-ciri Kelab Tajwid Al-Baghdadi ini adalah seperti berikut:-
  • Kelas Tajwid ini adalah merupakan kelas belajar Asas Ilmu Tajwid dan terbuka kepada Dewasa dan Remaja.
  • Tempoh belajar selama 3 bulan atau 12 kali/ sesi dengan hanya SATU kali seminggu selama 2 jam setiap sesi.
  • Kelas Asas Tajwid Al-Baghdadi ini dijalankan secara berkumpulan. Maksimum 20 pelajar satu sesi .
  • Yuran pendaftaran sebanyak RM75.00 termasuk Buku dan Alat Ketuk - Yuran pendaftaran ini akan dikecualikan kepada mereka yang telah menyambung sesi pembelajaran dari Kelas Asas Al Baghdadi.
  • Yuran Pengajian: RM300 untuk seluruh pakej selama 3 bulan.

E. Kelab Tajwid dan Talaqqi Kanak-Kanak al-Baghdadi

Ciri-ciri Kelab Tajwid dan Talaqqi Al-Baghdadi ini adalah seperti berikut:-
  • Kelas Tajwid dan Talaqqi ini adalah merupakan kelas belajar Ilmu Tajwid khusus untuk murid-murid Sekolah Rendah  berumur antara 7 tahun hingga 12 tahun.
  • Pembelajaran Tajwid bagi kanak-kanak akan dijalankan secara serentak dengan Talaqqi.
  • Kelas Tajwid dan Talaqqi Al-Baghdadi ini dijalankan secara berkumpulan.Tempat adalah terhad.
  • Tempoh belajar adalah selama 18 bulan  dengan hanya SATU kali seminggu selama 2 jam setiap sesi.
  • Kelas ini dijalankan oleh tenaga pengajar yang mempunyai sanad sehingga ke Rasulullah S.A.W.
  • Yuran Pengajian: RM240 untuk setiap 3 bulan sepanjang 18 bulan tempoh pengajian tidak termasuk Buku dan Quran.
  • Yuran pendaftaran sebanyak RM75.00 termasuk Buku dan Alat Ketuk - Yuran pendaftaran ini akan dikecualikan kepada mereka yang telah menyambung sesi pembelajaran dari Kelas Asas Al Baghdadi.
F. Kelab Talaqqi Dewasa Al-Baghdadi

Ciri-ciri Kelab Talaqqi Dewasa Al-Baghdadi ini adalah seperti berikut:-
  •  Kelas Talaqqi ini merupakan kelas membaca Al-Quran untuk mereka yang telah mengikuti Kelab Tajwid Al-Baghdadi atau yang telah mampu membaca Al-Quran dan mengetahui asas tajwid.
  • Kelas terbuka kepada golongan Dewasa dan Remaja.
  • Tempoh belajar selama 18 bulan  dengan hanya SATU kali seminggu selama 2 jam setiap sesi.
  • Kelas ini dijalankan secara berkumpulan oleh tenaga pengajar yang mempunyai kemahiran dan pengalaman mengajar Al Quran.
  • Yuran Pengajian: RM300 untuk setiap 6 bulan.
  • Yuran pendaftaran sebanyak RM75.00  - Yuran pendaftaran ini akan dikecualikan kepada mereka yang telah menyambung sesi pembelajaran dari Kelas Asas Al Baghdadi.
Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
Whatsapp: +6011-52993775