Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan yang paling istimewa bagi sekalian umat Islam dimana Al-Quran mula diturunkan.
Di dalam bulan ini juga adalah bulan yang dijanjikan Rahmat dan Maghfirah Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang ingin berusaha mendapatkannya. Telah diriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah melipatgandakan ibadah apabila tibanya bulan Ramadhan.
Di dalam bulan ini juga adalah bulan yang dijanjikan Rahmat dan Maghfirah Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang ingin berusaha mendapatkannya. Telah diriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah melipatgandakan ibadah apabila tibanya bulan Ramadhan.
Dari Ubaidillah ibnu Abdillah ibnu Utbah dikatakan bahawasanya Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah saw adalah seorang yang paling murah tangan, lebih-lebih lagi disaat beliau menemui Jibril disetiap bulan Ramadhan. Di setiap malam di bulan Ramadhan Jibril menemui beliau untuk bertadarus Al Quran. Di saat itulah Rasulullah saw lebih bermurah tangan dari kencangnya angin yang berhembus". (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2064)
Amalan tadarus di bulan Ramadhan kini telah dipelopori oleh Al-Baghdadi Group melalui program Talaqqi Al-Quran 30 Juzuk Bersanad bulan Ramadhan. Talaqqi Al-Quran Ramadhan ini adalah merupakan sesi pembelajaran berterusan kearah memantapkan pembacaan Al-Quran di samping menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Program Talaqqi ini akan diadakan dengan bimbingan secara langsung oleh guru talaqqi yang telah mempunyai sanad bacaan Al-Quran sampai kepada Rasulullah s.a.w.
Apa itu Talaqqi Bersanad 30 Juzuk?
Proses talaqqi telah disepakati oleh para ulamak sebagai satu proses atau kaedah yang digunapakai dalam memindahkan bacaan Al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya. Proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran secara bersemuka atau talaqqi adalah merupakan kaedah yang dipelopori oleh para sahabat yang telah menuntul ilmu secara langsung daripada Rasulullah s.a.w.
Proses pembelajaran secara langsung ini berterusan bermula daripada para Sahabat r.a. yang menerima segala ajaran Islam secara langsung daripada mulut Baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Para Sahabat r.a. kemudiannya menyampaikan secara terus juga kepara sahabat-sahabat lain yang tidak berpeluang menemui Rasulullah s.a.w. Seterusnya daripada sahabat disampaikan pula kepada murid-murid yang lain. Proses penyampaian ilmu ini berlaku berterusan sehingga kini.
Kepentingan Sanad dalam pendidikan Al-Quran
Sanad adalah merupakan kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus sehingga sampai kepada Rsulullah s.a.w. Kesinambungan sistem bersanad ini dibuktikan dengan adanya dokumen yang menyenaraikan nama guru-guru yang pernah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketetapan bacaan Al-Quran.
Sistem sanad adalah juga merupakan salah satu mekanisma pencarian ilmu yang sempurna, kerana setiap ilmu yang dipindahkan dapat dipertanggungjawabkan kesahehannya melalui rantaian periwayatan setiap perawi.
Sanad merupakan sandaran penting bagi seseorang dalam menerima bacaan Al-Quran kerana bacaan bersanad dapt menolak sebarang keraguan pada bacaan tersebut dan sekaligus dapat membuktikan kesahihan bacaan tersebut.
Program Talaqqi Al-Quran 30 juzuk bersanad Al-Baghdadi yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini adalah terbuka kepada semua masyarakat yang berminat. Program ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat khatam Al-Quran secara talaqqi mushafahah di bulan Ramadhan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-61772645/ 013-2525670.