بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Mengenai APC

Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) adalah merupakan pusat bimbingan kanak-kanak yang menggunakan Kurikulum yang Komprehensif dan Holistik. Di samping memberi keutamaan kepada pembelajaran Al-Quran, Al-Baghdadi Playtime Centre tidak sama sekali mengetepikan pembelajaran-pembelajaran asas lain seperti pembelajaran Bahasa, Sains, Seni dan Fardhu Ain.

Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) ialah sebuah pusat pendidikan yang menyediakan Program Pendidikan Al-Quran Untuk Kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun. Ianya dilengkapkan dengan model pembelajaran yang berkonsepkan belajar sambil bermain menggunakan BBM Al Baghdadi Playtime

Selain pembelajaran asas Al-Quran menggunakan teknik Al Baghdadi yang telah disediakan khas serta bersesuaian untuk kanak-kanak yang berusia 4, 5, 6. Pembelajaran subjek-subjek lain juga ada ditawarkan di Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) seperti pembelajaran Bahasa, Seni, Fardhu Ain dan Sains Teknologi. Program ini dijalankan berkonsepkan Pusat Perkembangan Kanak-kanak.

Sejarah Islam terdahulu telah merekodkan bahawa ulama-ulama serta ahli fikir Islam seperti Imam Shafie r.a telah berjaya menghafal Al-Quran semenjak berusia 7 tahun, menghafal kitab al-Muwatta' ketika berusia 11 tahun dan telah diminta untuk memberi fatwa ketika berusia 15 tahun.

Berdasarkan fakta sejarah di atas, adalah tidak mustahil untuk kita mendidik anak-anak serta zuriat keturunan akan datang sehingga menjadi tokoh-tokoh serta ulamak sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini. In shaa Allah.
Dari Ali bin Abu Thalib, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalkannya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima pertolongannya untuk sepuluh orang ahli keluarganya, padahal mereka itu semua memperoleh ketentuan neraka." (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0216)
Hubungi kami di Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) untuk maklumat lanjut.

Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
Whatsapp: +6011-52993775