بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Pendidikan Sepanjang Hayat Sistem Al-Baghdadi

Menyedari tentang kepentingan pendidikkan kearah pembentukan ummah yang cemerlang, Al-Baghdadi Group Sdn Bhd telah melangkah kehadapan serta mengambil inisiatif merangka kaedah pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat.

Melalui pendekatan kaedah atau teknik pembelajaran Al-Baghdadi yang telah diiktiraf oleh mufti-mufti negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Al-Baghdadi Group telah merangka sistem pembelajaran yang sesuai diguna pakai oleh semua peringkat umur bermula dari rahim sehingga lanjut usia.

Pendidikkan berteraskan Al-Quran adalah merupakan satu pembelajaran yang berterusan dan luas ruang lingkupnya. Ianya bermula dari Alif-Ba'-Ta' sehingga pemahaman, kajian dan seterusnya pengaplikasian ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran dalam menjalani kehidupan seharian.

Modul-modul pembelajaran berteraskan Al-Quran ini telah disusun atur serta di muatkan dalam modul pendidikkan seperti berikut:-
  • Al-Baghdadi Prenatal Education Programme (APeP) : Merupakan program pendidikkan Al-Quran khas untuk ibu hamil. Program ini membantu para ibu memberi rangsangan kepada janin di dalam kandungan dengan kaedah ketukkan Al-Baghdadi bertujuan untuk melahirkan generasi genius Al-Quran.
  • Al-Baghdadi Childcare Centre (ACC) : Merupakan penjagaan bayi yang menerapkan Al-Quran sebagai sesi asuhan.
  • Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) : Pusat asuhan untuk kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun. Mengandungi program Pra-Sekolah yang dimuatkan pendidikkan Al-Quran, Tahfiz serta pembelajaran akademik (Teras Bahasa, Teras Kognitif dan Teras Akhlak).
  • Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) : Modul pembelajaran pembacaan Al-Quran sesuai untuk pelajar-pelajar berumur 7 hingga 70 tahun. Modul pembelajaran Teknik Al-Baghdadi telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of  Records.
  • Nadi Tahfiz Al-Baghdadi : Program hafazan Al-Quran sesuai untuk pelajar-pelajar yang mahir pembacaan Al-Quran bermula seawal usia 7 hingga 70 tahun.
  • Programme bermusim Talaqqi Al-Quran bersanad : Program Pembacaan/ Talaqqi Al-Quran bersanad secara langsung dibimbing oleh guru-guru yang mempunyai sanad sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Modul pembelajaran yang tersenarai di atas adalah merupakan sekelumit usaha yang sekadar termampu di sumbang oleh para pendokong serta peneraju Al-Baghdadi Group untuk masyarakat dengan izin Allah s.w.t. Terdapat banyak lagi usaha-usaha yang telah, sedang dan akan diusahakan oleh para ilmuan lain yang terdapat di merata pelusuk dunia.

Semoga segala usaha para peneraju serta pendokong pendidikkan Al-Quran ini diterima sebagai amal jariah serta  amalan soleh yang diberkati dan seterusnya mendapat ganjaran pahala yang berterusan dari Allah s.w.t. Aamiin.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej pendidikkan Al-Quran sepanjang hayat Teknik Al-Baghdadi, sila hubungi kami di Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru dengan segera.