Sebagai panduan untuk diri penulis dan para pembaca budiman, kali
ini kami ingin berkongsikan sedikit panduan berpuasa bulan Ramadhan sebagaimana yang
telah disebutkan oleh Iman Al-Ghazali.
Melalui kitabnya yang berjodol Ihya' Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa ada terdapat 3 tingkatan orang-orang yang berpuasa iaitu:-
Melalui kitabnya yang berjodol Ihya' Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa ada terdapat 3 tingkatan orang-orang yang berpuasa iaitu:-
- Puasa umum : Puasa orang awam (orang kebanyakan), Puasa orang awam adalah menahan makan dan minum dan menjaga kemaluan dari keinginan syahwat. Tingkatan puasa ini menurut Al-Ghazali adalah tingkatan puasa yang paling rendah. Ini adalah Kerana dalam puasa ini hanyalah sekadar menahan diri daripada makan, minum, dan melakukan hubungan suami isteri. Jikalau puasanya hanya sekadar itu, maka puasa orang ini termasuk puasa yang merugi iaitu berpuasa tetapi tidak memperoleh banyak manfaat melainkan sediki.
- Puasa Khusus : Maka puasa ini sering disebutnya dengan puasa para Shalihin (orang-orang soleh). Puasanya orang khusus adalah selain menahan makan dan minum serta syahwat juga menahan pendengaran, pandangan, ucapan, gerakan tangan dan kaki dari segala macam bentuk dosa, menurut Imam Al-Ghazali. Menurutnya lagi, seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan dalam tinkatan puasa 'Khusus' ini kecuali harus melepasi enam prasyarat iaitu : (1) Menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan. (2) Menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri. Menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Al-Quran. (3) Menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik. (4) Mencegah anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. (5) Tidak berlebih-lebihan dalam berbuka, sampai perutnya penuh makanan. (6) Hatinya sentiasa diliputi oleh rasa cemas (khauf) dan harap (raja') karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah s.w.t.
- Puasa Khususul Khusus : Merupakan puasa Khususnya orang yang Khusus menurut Al-Ghazali adalah tingkatan puasanya para nabi , Shiddiqqiin, dan Muqarrabin. Puasa khususnya orang yang khusus adalah puasanya hati dari kepentingan jangka pendek dan cita-cita duniawi serta menahan segala hal yang dapat memalingkan dirinya kepada selain Allah s.w.t. Selain itu, puasa khususnya orang yang khusus adalah puasa hati dari segala keinginan hina dan segala pemikiran berbentuk duniawi, serta mencegah dari memikirkan apa-apa selain Allah s.w.t.
Semoga puasa Ramadhan kita kali ini akan diterima sebagai amalan yang terbaik oleh Allah s.w.t. digolongkan kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa serta mendapat keampunan-Nya. Aamiin.Dari Abu Hurairah: Rasulullah saw telah bersabda: "Tidak suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia, melainkan akan ditetapkan pahala baginya sepuluh kali lipat hingga tujuh ratus kali lipat, terkecuali ibadah puasa. Sesungguhnya puasa itu hanya untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan pahalanya. la telah rela meninggalkan kesenangannya dan makanannya demi Aku. Puasa itu merupakan perisai. Bagi seorang yang berpuasa akan mendapatkan dua kesenangan. Dia akan ketika berbuka puasa, dan dia akan senang ketika bertemu dengan Tuhannya. Bau mulut seorang yang berpuasa akan dinilai Allah lebih harum dari minyak kasturi." (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2179)
Hidupkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan sunnah seperti membaca Al-Quran. Ketahui Teknik Al-Baghdadi yang boleh membantu anak-anak anda mengenali serta membaca Al-Quran dengan mudah dan menyeronokkan. Maklumat lanjut berkenaan Teknik Al-Baghdadi ada di kongsikan dalam pos bertajuk 'Apa Itu Teknik Al-Baghdadi'.