Sebagaimana yang telah berlaku saban tahun, bulan Ramadhan yang ditunggu oleh kebanyakkan masyarakat Islam yang beriman kini telah muncul kembali.
Bulan Ramadhan juga dikenali sebagi bulan Rahmat dan keampunan kerana didalamnya mengandungi peluang ganjaran pahala serta keampunan yang tidak terhingga banyaknya dari Allah s.w.t. yang Maha Pemurah dan Pengampun.

Pujuklah hati ini agar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh meningkatkan kualiti ibadah wajib dan sunat sebagaimana yang diajarkan oleh junjungan mulia Rasulullah s.a.w.
Dari 'Arfajah katanya: "Ketika kami berkunjung kepada Utbah bin Farqad, maka kami membicarakan tentang keutamaan bulan Ramadhan". Tanya Utbah: "Apa yang sedang kamu bicarakan?" Jawab kami: "Kami sedang membicarakan keutamaan bulan Ramadhan". Kata Utbah: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Selama didalam bulan Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan para syaitan dibelenggu. Pada setiap malam di bulan Ramadhan, ada seorang malaikat yang menyerukan: "Wahai orang-orang yang ingin mendapatkan kebaikan, tingkatkan ibadah kalian; wahai orang-orang yang gemar berbuat jahat, kurangilah kejahatan kalian". (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2076)
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik dari Ramadhan-Ramadhan yang sebelumnya untuk setiap dari kita semua.
Kami di Al-Baghdadi Learning Centre dan Al-Baghdadi Playtime Centre Johor Bahru ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan serta selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin serta muslimat sekalian.
Bantu anak-anak anda membaca Al-Quran dengan kaedah pembelajaran Teknik Al-Baghdadi yang mudah dan menyeronokkan.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan wa Marhaban.
Bantu anak-anak anda membaca Al-Quran dengan kaedah pembelajaran Teknik Al-Baghdadi yang mudah dan menyeronokkan.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan wa Marhaban.