Jika kita menyingkap semula sejarah serta kisah-kisah kegemilangan masyarakat Islam pada zaman dahulu kala seperti di zaman Rasulullah saw serta para sahabat, Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyubi dan sebagainya, kita akan dapati bahawa antara rahsia kejayaan mereka adalah iman yang kuat serta penguasaan ilmu pengetahuan.
Masyarakat serta pemimpinnya di zaman kegemilangan Islam adalah terdiri daripada mereka-mereka yang kuat iman serta tinggi ilmu pengetahuannya. Dengan erti kata lain, mereka adalah merupakan ilmuwan yang sangat kuat pegangan terhadap ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Meriam Sultan Muhammad Al-Fateh |
Sebagai contoh, Sultan Muhammad Al-Fateh adalah merupakan pembuka kota Konstantinople yang masyhur. Beliau telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya ketika menggali parit sebelum peperangan Khandaq; “Konstantinople
(kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah
sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad),
Nota: Sila rujuk biografi Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang kegemilangan generasi Al-Quran di zaman mereka.
Nota: Sila rujuk biografi Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang kegemilangan generasi Al-Quran di zaman mereka.
Justeru itu, seandainya kita ingin lihat generasi yang akan datang menjadi generasi yang hebat serta disegani di mata dunia, maka aturkanlah pendidikkan yang terbaik untuk mereka sejak dari sekarang.
Jadikanlah anak-anak kita serta generasi yang akan datang sebagai mukmin yang terbaik iaitu masyarakat yang lebih baik daripada masyarakat yang kita lihat sekarang. Ini hanya boleh dicapai dengan membekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan serta pendidikkan yang sempurna. Didiklah mereka dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Islam mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah.
Kitab suci Al-Quran telah diturunkan oleh Allah s.w.t bukan untuk dijadikan bahan simpanan yang boleh disia-siakan begitu sahaja. Kita sebagai umat Islam perlu menjadikan Al.-Quran sebagai amalan serta panduan cabang ilmu yang mesti diterokai. Ilmu yang terdapat di dalamnya adalah tersangat luas dan terlalu banyak.
Dari Anas ibnu Malik bahawa Abu Musa Al-Asy'ary ra berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Perumpamaan seorang mukmin yang dapat membaca Al-Quran itu bagaikan buah jeruk manis, rasanya enak dan baunya harum, dan perumpamaan seorang mukmin yang tidak dapat membaca Al-Quran itu bagaikan buah kurma, rasanya enak, tetapi tidak ada bau harum padanya; kemudian perumpamaan orang munafik yang dapat membaca Al-Qur'an itu bagaikan tumbuh-tumbuhan yang berbau harum (bunga), baunya sedap tetapi rasanya pahit; adapun perumpamaan orang munafiq yang tidak dapat membaca Al-Quran, maka dia bagaikan buah labu pahit, rasanya pahit, dan baunya tidak harum. ( Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4882.)
Cuba bayangkan apa akan terjadi keada masyarakat yang akan datang yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang tinggi penguasaan ilmunya serta fakih berkenaan ayat-ayat suruhan dan larangan yang terdapat di dalam Al-Quran. Sementara itu, rakyat-rakyatnya adalah terdiri daripada para cendikiawan serta professional yang juga fakih tentang Al-Quran.
Jika pemimpin dan rakyat sesebuah masyarakat itu terdiri daripada golongan-golongan cendikiawan yang terdidik dengan acuan Al-Quran dan Sunnah, sudah pasti zaman kegemilangan Islam akan muncul kembali. In shaa Allah.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berusaha ke arah itu dan jadikan diri kita sekurang-kurangnya sebagai penyumbang atau penyokong kepada pembentukkan generasi Al-Quran di masa akan datang. Jadikanlah ini sebagai perjuangan dan amal jariah yang boleh dijadikan penyelamat kita semasa berada di dunia dan yang penting sekali semasa di akhirat sana.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seorang manusia telah meninggal, maka putuslah (terhenti) segala amalnya, kecuali tiga perkara: (1) Sedekah jariyah. (2) Ilmu yang diambil orang manfaatnya, dan (3) Anak yang soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1614)
Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) ada menyediakan kemudahan pembelajaran Al-Quran yang komprehensif, inovatif serta diiktiraf oleh Jabatan Mufti dan Pendidikkan Negara.
Pendidikkan yang berteraskan Al-Quran di Al-Baghdadi Learning Centre ini adalah sangat sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat seawal usia dalam kandungan lagi.
Kami di Al-Baghdadi Learning Centre sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan kunjungan anda. Sila hubungi kami atau dapatkan lebih banyak maklumat berkenaannya disini.
Pendidikkan yang berteraskan Al-Quran di Al-Baghdadi Learning Centre ini adalah sangat sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat seawal usia dalam kandungan lagi.
Kami di Al-Baghdadi Learning Centre sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan kunjungan anda. Sila hubungi kami atau dapatkan lebih banyak maklumat berkenaannya disini.