بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Pendidikkan Anak-Anak Masa Kini Mencorak Peradaban Masyarakat di Masa Hadapan

Syabas kepada para ibu bapa serta guru-guru yang sangat komited terdap pendidikkan kanak-kanak diperingkat awal usia. Kanak-anak yang akan mendudukki peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM telah dipersiapkan dengan kelas-kelas tiusyen tambahan. Sementara diperingkat sekolah, para guru-guru telah menyusun atur jadual yang ketat serta menyediakan target pencapaian disekolah masing-masing.

Semua ini adalah bertujuan untuk melonjakkan anak-anak ini keperingkat yang lebih tinggi agar pencapaian mereka akan meningkat setanding dengan agenda pendidikkan negara yang mahu bersaing diperingkat antarabangsa.

Anak-anak ini bakal mencorak warna peradaban bangsa di masa yang akan datang. Kecemerlangan serta ketamadunan bangsa boleh digambarkan bagaimana kita mendidik generasi muda masa kini. Sekiranya kita berjaya mendidik anak-anak dengan pendidikkan yang betul dan mengikut acuan serta prinsip yang kita inginkan, maka mereka akan menterjemahkannya sejajar dengan apa yang telah didedahkan kepada mereka sepanjang proses pendidikkan di peringkat awal lagi. Hasilnya akan dilihat apabila mereka telah menjadi dewasa dan memasukki dunia pekerjaan kelak.

Sebelum kita jauh tersasar, marilah kita rujuk kembali kepada satu peradaban yang mungkin kita hampir melupakan kewujudannya pada abad yang lalu. Itulah peradaban generasi yang dibentuk mengikut acuan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Tamadun kegemilangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. kemudian zaman Khalifah yang disusuli dengan zaman-zaman kegemilangan empayar Islam seperti zaman Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah serta empayar Bani Utmaniyyah telah berjaya mendahului peradaban tamadun Barat selama berkurun-kurun lamanya.

Tidak syak lagi bahawa kegemilangan tamadun Islam tersebut telah dibentuk mengikut acuan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagaimana yang telah diajarkan serta ditanam ke dalam jiwa para sahabat yang merupakan anak-anak muda Islam oleh Baginda Rasulullah s.a.w. pada zaman permulaan penubuhan negara Islam di Madinah.

Seterusnya, peradaban Islam terus berkembang selari dengan berkembangya para ilmuan Islam yang dididik mengikut acuan serta pendidikkan yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Sarjana serta cendikiawan Islam telah berjaya meneroka khazanah ilmu berdasarkan penyelidikkan serta kajian yang terdapat di dalam kitab suci Al-Qurannul Karim.

Sewaktu dunia barat berada di dalam kegelapan dan kemunduran, dunia Islam telah lama menyinar dan bertapak selama beribu tahun lamanya. Kota-kota besar yang terdapat di seluruh empayar Islam telah dilitupi dengan segala macam kemudahan ilmu dan pencapaian gemilang. Masyarakat pada masa itu sangat terbela serta mengecapi kehidupan yang selesa dan bermaruah.

Kota Baghdad pada masa itu sangat terkenal dengan kehidupan masyarakat yang sangat bertamadun. Kegemilangan kota Baghdad pernah digambarkan melalui kisah-kisah lagenda yang masyhur yang terdapat di dalam 'Hikayat 1001 Malam'. Hikayat Seribu Satu Malam mengandungi kisah-kisah lagenda yang berkisar tentang kehidupan masyarakat kota Baghdad serta sekitarnya yang digambarkan serba-serbinya mewah dan mempersona.

Kisah Dongeng Hikayat 1001 Malam dikatakan ditulis pada zaman pemerintahan empayar Abbasiyyah yang kemudiannya digantikan oleh pemerintahan Islam terakhir Bani Uthmaniyyah. Namun, semua kegemilangan tersebut telah hilang lenyap dan kini digantikan dengan episod-episod sedih.

Masyarakat Islam masa kini telah diselubungi dengan kemunduran serta penindasan di mana-mana. Seolah-olah, Islam boleh disinonimkan dengan segala macam unsur negatif yang menjadikan dunia ini porak poranda. Di manakah silapnya?

Empayar Islam telah hancur bukanlah disebabkan oleh kekuatan musuh yang datang menyerang, tetapi hilang lenyap secara tragis disebabkan oleh kelemahan umat Islam itu sendiri. Menurut sejarah, empayar besar terakhir Islam di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah telah berpecah mengikut suku kaum berdasarkan geografi dan akhirnya menubuhkan kerajaan-kerajaan kecil yang lemah.

Apabila berlaku perpecahan ini, kerajaan Uthmaniah yang sebelum ini berjaya membentuk peradaban Islam selama beberapa abad lamanya telah hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Mungkin tidak keterlaluan sekiranya kita mengaitkan musibah yang diterima oleh umat Islam masa kini adalah disebabkan oleh kealpaan generasi-generasi terdahulu dalam mendidik generasi muda mereka sehingga segala unsur-unsur murni yang terdapat dalam diri umat Islam telah tercabut.

Pendidikkan berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah sudah mula diabaikan sehingga mewujudkan masyarakat yang berpaksikan kebendaan semata-mata, sehingga menghasilkan individu-individu yang hanya mementingkan diri sendiri dan haloba terhadap kuasa dan harta benda. Akibatnya, struktur masyarakat telah menjadi pincang serta serba-serbinya lemah sehingga akhirnya tidak berupaya mempertahankan atau mewarisi peradaban yang gemilang.

Namun, apa yang pasti adalah kita semua yang berada di zaman ini adalah merupakan hasil daripada acuan pendidikkan masyarakat yang terdahulu dan cuba tanyakan diri kita sendiri, "Bolehkah kita berpuas hati dan berbangga dengan hasilnya dan mampukan kita mengubah nasib keadaan masyarakat serta umat Islam secara keseluruhannya? Mahukah kita dipersalahkan oleh anak-anak cucu kita kerana gagal mewariskan pendidikkan yang terbaik dan sesuai untuk mereka?"

Marilah sama-sama kita fikirkan dan rancangkan apa-apa sahaja yang terbaik untuk anak-anak kita agar sinar kegemilangan akan muncul kembali hasil daripada sekelumit usaha, pengorbanan serta doa kita untuk anak-anak serta generasi akan datang.

Kami di Al-Baghdadi Learning Centre ingin mengajak semua para ibu-bapa agar mula menanamkan benih cinta terhadap Al-Quran dan Al-Sunnah kedalam jiwa anak-anak agar mereka akan terpandu kearah jalan yang benar lagi diredhai oleh Allah s.w.t. sepanjang kehidupan mereka di masa akan datang. Dedahkan mereka dengan pendidikkan Al-Quran dan Al-Sunnah seawal usia dan bekalkan mereka dengan unsur-unsur murni sebagaimana yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Kami juga ingin turut mendoakan kepada semua murid-murid yang akan dan sedang mendudukki peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan peringkat seterunya agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Aamiin.

Wallahua'lam.