Assalamualaikum dan salam tahun baru 2017. Semoga di hari-hari yang mendatang ini telah ditentukan Allah swt sebagai hari-hari yang mendatangkan hasil yang lebih baik lagi berbanding hari-hari yang sebelum ini.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Siapa yang Allah kehendakki kebaikan baginya, Allah akan memfaqihkannya (memahamkan) dalam agama.” (HR.Bukhari dan Muslim)
Sehubungan dengan hadis di atas, marilah kita sama-sama berazam untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih memberi faedah sepanjang melayari kehidupan di tahun 2017 ini dengan menluangkan lebih banyak masa menuntut ilmu-ilmu yang berguna terutama sekali berkenaan hal-hal ilmu agama.
Antara tindakkan yang boleh kita lakukan ialah seperti berikut:-
- Lihat jadual kuliah-kuliah yang ada di masjid-masjid atau surau-surau yang berdekatan dan ikuti siri-siri kuliah yang telah disediakan.
- Ikuti blog-blog atau Facebook tok-tok guru atau ustaz-ustaz kegemaran anda untuk mengikuti siri-siri kuliah membaca kitab mereka. Hadiri siri-siri pengajian kitab yang diajarkan di lokasi-lokasi yang dinyatakan dalam laman sosial mereka. Pelajari kitab-kitab yang diajarkan sehingga khatam.
- Baca Al-Quran serta terjemahannya dalam masa yang tertentu (i.e setiap pagi atau malam) dan istiqamah dengan amalan ini.
- Sertai kelas-kelas pengajian Al-Quran secara berkala yang berhampiran dengan rumah anda. Hadiri siri-siri pengajian Al-Quran samada untuk mendalami Ilmu Tajwid, Ilmu Tafsir Al-Quran atau Talaqqi bersama guru.
Kelas-kelas pengajian Asas Al-Quran teknik Al-Baghdadi di ALC Damansara Aliff sepanjang tahun 2017 ini telah disusun pada setiap malam untuk sesi Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat setiap minggu.
Kelas Dewasa dan Kanak-kanak ini diadakan setiap malam bermula dari pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Pelajar-pelajar boleh memilih sesi yang bersesuaian.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di Al-Baghdadi Learning Centre Damansara Aliff di talian 011-5299 3775.