Setelah beberapa tahun istiqamah dalam menyebar luaskan dakwah pendidikkan Al-Quran ke seluruh
negara, kini Teknik Al-Baghdadi telah melangkah lebih jauh lagi.
Di Luar negara, Teknik
Al-Baghdadi telah dijenamakan sebagai Neuro Nadi dan Kaedah pembelajaran
Al-Quran Teknik Al Baghdadi ini telah guna pakai di negara-negara luar seperti
Brunai, Singapura dan New Zealand.
Terbaru, Al-Baghdadi Group Sdn
Bhd dan anak syarikatnya Neuro Nadi International telah berjaya menarik minat
beberapa individu serta organisasi yang meyakini serta percaya dengan keunikkan
serta keberkesanan Teknik Al-Baghdadi yang telah sekian lama dipraktikkan di
Malaysia.
Di Indonesia, Teknik Al Baghdadi
lebih dikenali sebagai Neuro Nadi Indonesia. Di sana, satu memorandum
persefahaman telah ditandatangani antara beberapa pihak yang berminat untuk
menguruskan centre di tempat masing-masing.
Berikut dipaparkan beberapa
gambar untuk perkongsian bersama.
Alhamdulillah dan semoga bumi ini akan terus dilimpahi dan makmur dengan syiar Islam yang bertunjangkan pendidikkan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.
Untuk Maklumat Lanjut berkenaan pembelajaran Asas Al Quran Teknik Al-Baghdadi peringkat Dewasa dan kanak-kanak di Johor Bahru, sila hubungi kami di ALC Bandar Baru Uda, Johor Bahru di talian 011-5299 3775.