Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu
teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi.
بسم الله الرحمن الرحيم
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)
Pendidikan Sepanjang Hayat Sistem Al-Baghdadi
Menyedari tentang kepentingan pendidikkan kearah pembentukan ummah yang cemerlang, Al-Baghdadi Group Sdn Bhd telah melangkah kehadapan serta mengambil inisiatif merangka kaedah pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat.
Tahap 3, 4 & 5 : Talaqqi Al-Baghdadi
Kelas Talaqqi di Tahap 3, 4 dan 5 adalah merupakan susulan daripada pengajian
Tajwid Al-Baghdadi Tahap 2. Program Talaqqi Al-Baghdadi ini adalah sesi
pembacaan Al-Quran secara praktikal bersama guru-guru dan ianya mengandungi
tiga peringkat iaitu Talaqqi, Talaqqi Khas dan Talaqqi Sanad.
Tahap 2: Tajwid Al-Baghdadi
Kaedah Pengajian Tahap 2 Tajwid Al-Baghdadi telah dilengkapkan dengan penggunaan Buku Tajwid Al-Baghdadi yang ringkas tetapi berkesan.
Tahap 1: Tamhid Al-Baghdadi
Pengajian Tamhid
Al-Baghdadi adalah pakej pengajian asas yang dilengkapi dengan Buku Tamhid
Al-Baghdadi beserta Set
Alat Ketuk Al-Baghdadi. Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran ini
yang mengandungi 11 bab pembelajaran, menekankan 6 prinsip asas
yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran.
Assalamualaikum & Selamat Datang
Segala pujian-pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Rasul terakhir, ke
atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta para tabi'in dan
orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari kemudian.
Subscribe to:
Posts (Atom)