Al Baghdadi Playtime Centre (APC) menyediakan program pra-sekolah
berasaskan Al Quran untuk kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun.
Program pendidikan APC telah dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa dengan menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran dan 50% lagi pendidikan akademik.
Program pendidikan APC telah dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa dengan menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran dan 50% lagi pendidikan akademik.
Pendidikan di Albaghdadi Playtime Centre adalah berteraskan kepada
2 program utama Al Baghdadi yang memenuhi 50% pembelajaran iaitu:-
- Teknik Al Baghdadi (Asas Bacaan Al Quran)
- NADI Al Baghdadi (Hafazan Al Quran Al Baghdadi)
APC juga ada menerapkan pembelajaran akademik seperti Teras
Bahasa, Teras Kognitif dan Teras Akhlak. Teknik Al Baghdadi telah menerima
pengiktirafan The Malaysia Book of Records serta telah terpilih sebagai Finalis
Anugerah Inovasi Negara 2013.
Matlamat Pendidikan Al-Baghdadi Playtime Centre
Pendidikan Prasekolah Al Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al
Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al Quran yang
mampu mempelajari Al Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan
keupayaan membaca, menghafaz dan memahami ayat Al Quran dengan teknik yang
inovatif, kreatif dan menyeronokkan.
Kanak-kanak yang mendapat pendedahan awal terhadap sistem
pendidikan berteraskan Al-Quran diharap akan menjadi peneraju atau
sekurang-kurangnya penyumbang kepada kegemilangan umat Islam di masa yang akan
datang.
Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW. bersabda : Pemilik (orang yang tekun membaca dan mengamalkan) Al Quran datang pada hari kiamat, dan dia berkata :"Hai Tuhan ku hiasilah", maka dihiasilah mahkota kemuliaan, kemudian dia berkata :"Ya Tuhan ! Tambahlah !", maka dia ditambah dengan hiasan-hiasan kemuliaan, kemudian dia berkata :"Hai Tuhan ! relakanlah (pemberian itu.) dari-Mu, maka dikatakan (kepadanya) : Bacalah dan naiklah (pada tangga syurga) dan ia ditambah dengan setiap ayat (Al Quran) satu kebaikan". (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3076)
Teras Pembelajaran Al-Baghdadi Playtime Centre
Sistem pendidikan yang diterapkan dalam Al-Baghdadi Playtime
Centre (APC) mengandungi 4 teras pembelajaran utama iaitu:-
- Teras Ilmu : Teras Ilmu merupakan tunjang utama pembelajaran di APC. Jom Al-Baghdadi memberi fokus kepada pembelajaran asas Al Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi. Manakala Jom Nadi Al Baghdadi memberi fokus kepada pembelajaran hafazan Al Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi.
- Teras Kognitif : Aspek kognitif merupakan teras ilmu duniawi yang disandarkan kepada aspek pendidikan Al Quran. Teras kognitif amat perlu untuk meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anaka-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom Kreatif mampu mengaktifkan keupayaan otak kanan dan otak kiri mereka.
- Teras Bahasa : Teras Bahasa merupakan teras kedua selepas Teras Ilmu diterapkan. Ia dihasilkan berdasarkan Firman Allah S.W.T : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” Oleh itu Teras Bahasa adalah menjadi keutamaan dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let's Read dan Hayya Naqra'.
- Teras Akhlak : Teras Akhlak adalah tunjang dalam mengamalkan agama Islam yang diterapkan kepada anak-anak APC berdasarkan Firman Allah S.W.T: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”. Pembinaan sahsiah melalui contoh tauladan dari Sirah Rasulullah, serta Amalan Soleh menjadi aktiviti harian. Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah. Aktiviti-aktiviti pembelajaran bakal mengisi rohani anak-anak APC, dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.
Pilihlah pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak anda
dengan menyertai pendidikkan Al-Baghdadi Playtime Centre (APC).
Dari 'Abdullah bin 'Amr, dia berkata; Rasulullah Saw. bersabda: "Ilmu itu ada tiga, dan selain yang ketiga itu adalah sisa/tambahan. Yaitu, Al-Quran, sunnah Rasulullah dan Ilmu Faroidi (tentang warisan) yang adil." (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0054)
Dapatkan maklumat lanjut berkenaan sesi pembelajaran kami di Al-Baghdadi Playtime Centre yang berdekatan dengan anda.