Sebahagian ulama berpendapat bahawa al-Quran telah diturunkan
pada bulan Ramadan dengan berpandukan kepada surah al-Baqarah, ayat 185. Allah
s.w.t. berfirman: "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan,
bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara
yang hak dan batil)."